REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN @ INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN (ISD): ADDIE

Assalamualaikum & Hai semua!!! Ustajah kembali beraksi lagi alhamdulillah. 😍

Macam entri sebelum ini, ustajah sudah terangkan definisi kurikulum, jenis-jenis kurikulum dan elemen-elemen penting yang perlu ada dalam membangunkan sesebuah kurikulum berkesan. untuk entri kali ini, ustajah ingin kongsikan apakah model yang bagus untuk merekabentuk kurikulum dan model ini juga boleh digunakan oleh para guru dalam merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mereka. Jadi, jom kita tengok kaedah-kaedah penting untuk mewujudkan PdPC yang berkesan berdasarkan model yang diberi! Jom!

Berdasarkan model ADDIE (Analyse, Design, Develop, Implementation dan Evaluation), sebenarnya terdapat 5 kaedah atau fasa penting dalam memastikan PdPc berkesan:


1. Analysis: Di fasa ini, guru akan menganalisis atau mengambilkira beberapa aspek penting sebelum melakukan PdPC. Antara aspek itu adalah tahap kecerdasan intelektual (IQ) pelajar, keperluan pelajar mempelajari konten tersebut dan tugasan-tugasan yang bakal diberi semasa PdPc berlangsung.

2. Design: Setelah mengambilkira aspek penting sebelum melakukan PdPC, bermulalah fasa merangka objektif pembelajaran, kaedah penyampaian, aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan dan juga latihan-latihan di dalam kelas.

3. Develop: Selepas merangka komponen penting yang perlu ada di dalam kelas, tiba pula pada fasa penukaran satu kerangka kepada satu bentuk yang nyata dan membumi agar objektif atau matlamat dapat dicapai.

4. Implement: Fasa ini adalah fasa pelaksanaan di mana segala yang telah direka dan yang telah dibangunkan dilaksanakan dalam bentuk yang sepatutnya agar segala perancangan yang telah dirancang berjalan lancar dan tersusun. Fasa ini juga amat penting dalam memastikan agar PdPc berjalan seperti yang dirancang oleh guru.

5. Evaluate: Setelah dilaksanakan PdPc mengikut perancangan guru, tibalah ke fasa di mana guru perlu mengenalpasti samada PdPc yang telah dibuat berkesan atau sebaliknya. Dalam mengenalpasti keberkesanan sesuatu PdPc, penilaian amat penting untuk dilakukan supaya guru dapat menambah baik kaedah pengajaran dan aktiviti yang bersesuaian.

Kelima-lima fasa di dalam ADDIE Model ini akan sentiasa dirujuk semula mengikut keperluan selagi PdPc itu wujud dan dilaksanakan. Model ini juga boleh digunakan oleh mana-mana guru berpengkhususan yang berbeza. Ini adalah kerana, model ini sentiasa relevan untuk mana-mana subjek.

Ok, setakat itu sahaja coretan ustajah. Jumpa lagi di enti seterusnya! 😍

Comments

Popular posts from this blog

PEMBANGUNAN KURIKULUM

6 MODEL UNTUK REKABENTUK SISTEM PENGAJARAN