PEDAGOGI DAN STRATEGI PEMBELAJARAN

PEDAGOGI ERA DIGITAL


Assalamualaikum wbt dan hai!!! Ustajah kembali beraksi alhamdulillah. Jadi untuk entri kalini, ustajah berminat untuk kongsikan tentang pedagogi. 

Apa itu pedagogi?

Pedagogi boleh didefinisikan sebagai aktiviti mendidik, atau mengarahkan atau mengajar,
aktiviti yang memberikan pengetahuan ataupun kemahiran. Kamus Oxford English, 
mendefinisikan pedagogi sebagai profesi, sains atau teori mengajar. Menurut Watkins dan Mortimore (1999), 'pedagogi' yang berasal daripada bahasa Perancis dan Latin, yang bermaksud seni dan sains pengajaran kanak-kanak. Bahasa mudahnya adalah, pedagogi ditakrifkan sebagai mengajar kanak-kanak. 

Pelbagai strategi pedagogi yang kita boleh buat lebih-lebih lagi zaman sekarang adalah era digitial. Jadi, guru boleh mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajarannya supaya kelas yang dijalankan lebih bermakna dan tidak membosankan pelajarnya.








ACTIVE LEARNING


Pembelajaran aktif adalah pembelajaran yang menggalakkan murid untuk belajar secara aktif. Bahasa mudahnya, ketika PdP berlangsung, murid mendominasi aktiviti pembelajaran. Secara tidak langsung, murid akan mengekplorasi kemahiran baru dalam pembelajaran iaitu penyelesaian masalah, berfikir secara kritis dan kreatif dan juga sentiasa bersikap ingin tahu tentang sesuatu konsep. Pembelajaran ini juga memberikan impak positif kepada murid di mana murid akan membuat perbincangan dengan murid dan dalam masa yang sama, guru bertindak sebagai pemudah cara sahaja.

Kalau awak nak tahu lebih lanjut tentang pembelajaran aktif ini, boleh pergi ke link yang saya attach di sini: https://www.youtube.com/watch?v=T2fxVjzZ7BM

INTERRACTIVE LEARNING




Model pembelajaran interaktif (Interactive Learning Model) adalah model pembelajaran yang berorientasi pada murid (student centered), dimana murid dilibatkan terus dalam pelabagi pendekatan di dalam kelas. Model pembelajaran Interaktif menjadikan murid saling berinteraksi dalam menghasilkan idea baru dan berfikir (hands on and minds on). Model pembelajaran ini juga adalah model pembelajaran menggunakan alat-bantu mengajar seperti telefon pintar, laptop, internet, model 3D dan banyak lagi. Dengan bantuan alat-bantu mengajar seperti yang dinyatakan, murid akan berasa seronok untuk belajar dan pembelajaran akan menjadi meaningful learning.




Comments

Popular posts from this blog

PEMBANGUNAN KURIKULUM

6 MODEL UNTUK REKABENTUK SISTEM PENGAJARAN

REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN @ INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN (ISD): ADDIE