REFLEKSI KESELURUHAN :)
Assalamualaikum wbt dan hai!
Setelah 12 minggu saya dan kawan-kawan menjalani kuliah PQI6004, telah banyak ilmu dan pengalaman berharga yang telah kami dapatkan. Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dr Dorothy selaku pensyarah kami yang mengajar dengan penuh semangat dan sabar. Terima kasih banyak Dr atas segala ilmu yang dicurahkan.
Setiap kali selesai kelas PQI6004, saya mendapat pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Setiap kali saya melangkah keluar daripada kelas ini, saya mendapat sesuatu pada hari kejadian. Pendekatan Dr Dorothy yang santai menyebabkan kami pelajar-pelajar berasa selesa dan semangat untuk belajar.
Walau pada minggu 1, kami kebanyakkannya 'lost' dan tidak tahu apa yang bakal dipelajari, tetapi lama kelamaan kami dapat menyesuaikan diri dengan ilmu baru lebih-lebih lagi subjek dalam bidang sains sosial (maklumlah saya berasal daripada bidang Sains yang mana berdepan dengan bukti saintifik dan fakta sahaja!).
Kesemua kelas yang dijalankan oleh Dr Dorothy adalah berpusatkan pada pelajar-pelajarnya dan setiap kali itulah mesti akan ada unsur 'wow' . Yang paling 'wow'nya adalah Dr Dorothy mengajar dan memperkenalkan kepada kami penggunaan VR (Virtual Reality) gear dan QR code di dalam kelas. Dengan pendedahan ini, kami bakal guru telah mendapat ilham dalam mempelbagaikan kaedah dan strategi pembelajaran supaya pembelajaran itu nampak menarik dan tidak membosankan. Kesemua aktivti yang dijalankan oleh Dr Dorothy amat berkesan dan bermanfaat untuk kami para guru implementasikan di dunia pekerja nanti.
Selain itu, tugasan perbandingan kurikulum Malaysia dengan empat negara lain memberikan kami satu pengalaman yang baharu. Dan tugasan ini banyak menyedarkan kami bakal guru bahawa untuk menjadi seorang guru atau pegawai yang berkecimpung di dalam dunia pendidikan bukanlah satu proses atau jalan yang mudah. Untuk menjadi guru, guru itu sendiri perlu faham dan hadam apakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru juga perlu tahu apakah jenis-jenis kurikulum yang ada, apakah proses yang terlibat dalam mereka bentuk kurikulum dan apakah model-model yang boleh digunapakai untuk merangka lesson plan.
Comments
Post a Comment