STRATEGI & KAEDAH PENGAJARAN


Assalamualaikum wbt semua n hai!!! Ustajah kembali lagi alhamdulillah! Untuk entri kali ini, ustajah ingin kongsikan pada anda semua tentang strategi dan kaedah pengajaran. Harap sudilah membacanya. :) 


Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan. 


Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas. Di antaranya ialah : 
1. Pembelajaran masteri 
2. Kajian masa depan 
3. Konstruktivisme 
4. Belajar cara belajar 
5. Kecerdasan pelbagai 
6. Pembelajaran akses kendiri 
7. Kemahiran berfikir 
8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) 
9. Pembelajaran konseptual 
10. Pembelajaran Kontekstual 

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan pelajar-pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan yang seterusnya memberi kebaikan kepada guru dan pelajar

Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah:

1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan pelajar berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya. 
2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan cara mendengar, melihat dan memberi maklum balas. 
3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka melalui cara yang berbeza.
4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.
5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka sendiri. 

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya.










Comments

Popular posts from this blog

PEMBANGUNAN KURIKULUM

REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN @ INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN (ISD): ADDIE

6 MODEL UNTUK REKABENTUK SISTEM PENGAJARAN