PERBANDINGAN KURIKULUM ANTARA NEGARA
Assalamualaikum wbt dan hai! Bertemu lagi kita hari ini! Jadi, untuk entri kali ini, ustajah ingin share dengan semua apakah kepentingan membandingkan kurikulum antara negara-negara.
Kurikulum adalah dokumen yang direka bentuk untuk merancang aktiviti akademik di mana-mana institusi pendidikan. Setiap negara mempunyai kurikulum tersendiri dan kurikulum itu direka bentuk sesuai dengan kehendak semasa masyarakat di negara itu. Kurikulum dengan erti lainnya berperanan sebagai dokumen yang menjadi rujukan para pendidik dalam melaksanakan PdP dan mengimplementasikan pendekatan yang dicadangkan di dalam dokumen kurikulum itu ke dalam kelas yang sebenar.
Dalam kelas PQI6004, bakal guru (iaitu kami) ditugaskan untuk membandingkan kurikulum di antara Malaysia dan 4 negara yang lain. Apa yang ustajah boleh refleksikan daripada tugasan perbandingan kurikulum ini adalah, dalam usaha kami bakal guru membandingkan kurikulum 5 negara ini, kami mendapati setiap negara mempunyai reka bentuk kurikulum yang berbeza yang mana reka bentuk setiap negara itu telah dibangunkan khas dan sesuai untuk rakyat setempatnya. Kami juga mendapat bahawa 5 negara tersebut (iaitu Malaysia, Singapura, Papua New Guinea, Korea Selatan dan New Zealand) mempunyai matlamat pendidikan masing-masing namun terdapat satu fokus yang sama dalam matlamat kurikulum 5 negara ini iaitu untuk melahirkan murid atau individu yang mampu berfikir di luar kotak atau kata lainnya berfikir secara KBAT.
Jika diteliti kelima-lima kurikulum ini, dilihat bahawa untuk merekabentuk kurikulum setiap negara perlukan kepada kajian, analisis dan pertimbangan sebelum satu kurikulum rasmi didokumenkan. Banyak proses-proses yang perlu dijalankan pihak berautoriti dalam merekabentuk kurikulum 5 negara ini. Kurikulum lima-lima negara ini juga memperlihatkan bahawa kurikulum yang direkabentuk adalah yang direka khas untuk 10 tahun akan datang bagi tempoh pelaksanaannya. Ini bermaksud, pihak berautoriti yang menggubal dasar dan kurikulum negara amat teliti dalam menyediakan dokumen kurikulum negara mereka. Ketelitian pihak berautoriti dalam menyediakan kurikulum itu menunjukkan bahawa pendidikan adalah elemen yang penting dalam membentuk masyarakat yang bersifat proaktif dan dinamik.
Secara kesimpulannya, tugasan perbandingan kurikulum ini menjadikan kami para guru menyedari bahawa untuk menggubal dan menyusun dokumen kurikulum memerlukan ilmu tentang kurikulum, kajian tentang kurikulum dan juga pertimbangan-pertimbangan yang perlu sebelum merekabentuk kurikulum sesebuah negara. Setakat itu sahaja coretan ustajah. Jumpa di entri yang lain ya! :)
Oh ya, kalau kamu nak extra reading tentang kepentingan kurikulum, check out this meaningful blog ya! :)
http://natalierankin.blogspot.com/2012/01/importance-of-curriculum-design.html
Untuk mengetahu perkembangan semasa kurikulum Malaysia, boleh baca utusan online ini.
Untuk mengetahu perkembangan semasa kurikulum Malaysia, boleh baca utusan online ini.
Ok bye!
Comments
Post a Comment