6 MODEL UNTUK REKABENTUK SISTEM PENGAJARAN



Assalamualaikum & Hai!!! Ustajah beraksi semula.

Jadi, entri kali ini adalah berkenaan topik baru iaitu 6 model untuk rekabentuk sistem pengajaran.

Selain Model ADDIE untuk merekabentuk sistem pengajaran, terdapat beberapa model lain yang dipanggil sebagai model alternatif.

1. Model Dick & Carey



Kekuatan: 

1.     Perancangan objektif yang jelas dan membuatkan objektif tersebut dicapai dengan mudah.
2.     Model yang menyeluruh yang mengandungi kesemua komponen penting untuk mencapai objektif.
3.     Boleh digunapakai pada kelas berskala kecil atau besar dan boleh digunakan untuk semua peringkat akademik.

Kelemahan:

1.     Terlalu menekankan pada objektif dan pengajaran dalam mencapai matlamat
2.     Perlukan masa yang lama untuk menyelesaikan setiap tahap dan koordinasi yang bagus diperlukan untuk menjadikan kelas itu berkesan.

2. Model ASSURE


Kekuatan: 

1.     Sebuah model mudah untuk digunakan.
2.     Berpusat kepada pelajar.
3.     Setiap langkah di dalam model ini sangat terperinci pengajarannya

Kelemahan:

1.     Mengambil masa yang lama untuk menghasilkan beberapa Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
2.     Fokus yang terbatas hanya pada sesuatu unit/ modul/ pengajaran.

3. Gagne's Nine Events of Instruction



Kekuatan:

1.     Berpusat kepada pelajar
2.     Model yang linear membolehkan ia mudah disesuaikan pada konten yang berbeza
3.     Model yang tersusun dan membolehkan guru meracang kelas dengan baik mengikut turutan yang disediakan

Kelemahan: 

1.     Persekitaran pembelajaran yang pasif menjadikan guru tidak kreatif merangka RPH.
2.     Langkah yang terlalu banyak dalam merangka satu RPH. 
  
4. Model Kemp




Kekuatan

1.     Melakukan pemantauan terlebih dahulu sebelum menuju ke tahap yang berikutnya.
2.     Jika terdapat kekurangan pada tahap tersebut, maka akan dirombak kembali dan diubah semula. Jika dapat diatasi, barulah dapat melangkah ke tahap seterusnya.


Kelemahan

1.     Model ini berfokuskan konsep pengajaran tradisional di mana melibatkan pembelajaran berpusatkan guru. Guru mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan pendekatan pengajaran dan sebagainya.
  

5. Model Gerlach & Ely



Kekuatan

1.     Dijalankan pra-ujian sebelum memulakan pengajaran untuk mengetahui sikap dan minat pelajar.
2.     Sangat teliti dan dalam merancang dan melaksanakan PdPc.
3.     Sesuai digunakan untuk semua tahap akademik.

Kelemahan

1.     Kaedah perancangan pengajaran terlalu panjang.
2.     Berorientasi kepada guru.


6. Model Kirkpatrick


Model ini adalah model yang lazim digunakan dalam penilaian kurikulum di Malaysia.

Kekuatan

1.     Lebih komprehensif kerana mencakupi aspek kognitif, kemahiran dan afektif
2.     Penilaian tidak hanya tertumpu kepada kefahaman konten, tetapi juga merujuk kepada proses dan hasil.
3.     Lebih sesuai diimplementasi pada tahap bilik darjah kerana tidak terlalu banyak melibatkan pihak-pihak lain ketika proses penilaian.

Kelemahan

  1.  Kurang memfokuskan input pembelajaran sedangkan keberhasilan pembelajaran adalah dipengaruhi oleh input
Kesimpulannya, keenam-enam model ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Pemilihan dan pengaplikasiannya bergantung kepada proses pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBANGUNAN KURIKULUM

REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN @ INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN (ISD): ADDIE