PEMBANGUNAN KURIKULUM

Assalamualaikum wbt dan Hai!!! Mohon maaf atas kelewatan ustajah meng'update' blog! 😙 Ok, hari ini ustajah akan kongsikan serba sedikit tentang apa yang ustajah pelajari tempoh hari tentang PROSES PEMBANGUNAN KURIKULUM.

Baik, apa itu kurikulum? Definisi kurikulum ustajah sudah terangkan pada entri yang lepas. Jadi hari ini kita nak tahu bagaimana proses membangunkan kurikulum itu.

Kurikulum yang baik adalah kurikulum yang dibangunkan dengan menggunakan pendekatan yang holistik (menyeluruh) dan harmoni. Menurut Norlidah Alias (2010), kurikulum merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang disediakan dalam bentuk rancangan pembelajaran dan sentiasa mengalami perubahan serta perkembangan selari dengan tuntutan semasa.

Menurut Ralph Tyler, sekitar 1940, beliau telah mengilhamkan satu model pembangunan kurikulum; The Tyler Model. Model ini lebih bersifat bagaimana merancang suatu kurikulum. Model yang dibangunkan ini amat selari dengan tujuan dan misi sesuatu institusi pendidikan. Menurut Tyler, terdapat 4 ciri penting dalam mereka bentuk kurikulum:

1. Tujuan: tujuan yang ingin dicapai
2. Penentuan pengalaman belajar: pengalaman belajar yang sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai
3. Pengelolaan pengalaman belajar: menyusun pengalaman belajar secara efektif
4. Penilaian: menilai aktiviti pengalaman belajar



Menurut Abu Bakar Nordin (2014), dalam mereka bentuk kurikulum yang bertujuan untuk menjana pengalaman pembelajaran berkesan, kurikulum tersebut perlu mengandungi lima elemen utama iaitu:

1. Matlamat: Merupakan arah atau sasaran pendidikan. Ia mestilah besifat menyeluruh dan harmoni kepada individu, masyarakat dan agama.

2. Objektif atau hasil pembelajaran: Memastikan sesuatu kurikulum menghasilkan sesuatu diakhirnya yang mana hasil itu mencapai matlamat kurikulum itu.

3. Pengalaman pelajaran: Kurikulum yang baik adalah kurikulum yang menyediakan pelajar dengan pelbagai pengalaman pembelajaran. Dalam merealisasikan ini, guru perlu mengambil peranan penting daipada pelbagai aspek iaitu kaedah penyampaian pengajaran, kepelbagaian alat bantu mengajar (ABM). dan juga sumber rujukan yang diguna. Namun, pengalaman pembelajaran yang pelbagai boleh dirasai oleh pelajar sekiranya pelajar itu fokus ketika proses PdPC berlangsung. 

4. Penstrukturan pengalaman pembelajaran: Dalam penstrukturan ini, ia perlu melibatkan pengintegrasian ilmu. Integrasi boleh wujud dalam dua keadaan sama ada menegak mahupun melintang. Integrasi menegak adalah percampuran pengalaman berbeza daripada subjek berbeza. Sebagai contoh, mengintegrasikan ilmu pendidikan Islam di dalam kelas biologi. Integrasi melintang pula adalah pecampuran pengalaman yang hampir sama. Sebagai contoh, mengintegrasikan bidang genetik di dalam bidang biologi sel bagi subjek biologi. 

5. Penilaian pengalaman pembelajaran: Penilaian tidak hanya tertumpu terhadap pencapaian akademik pelajar tetapi mengambil kira penilaian terhadap jasmani, rohani mahupun emosi. Penilaian ini dilakukan secara berterusan.

Rasanya setakat itu sahaja coretan ustajah! Till we meet again in the next entry! 

Comments

Popular posts from this blog

6 MODEL UNTUK REKABENTUK SISTEM PENGAJARAN

REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN @ INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN (ISD): ADDIE