HOW TO COOK RICE - ANALYSIS PHASE

Assalamualaikum wbt dan selamat kembali semua!!!

Alhamdulillah, ustajah beraksi semula!

Macam entri yang lepas, ustajah sudah terangkan tentang model pengajaran iaitu ADDIE model! Jadi, untuk entri kali ini ustajah nak terangkan cara-cara memasak nasi menggunakan fasa pertama dalam model ADDIE iaitu Analysis Phase. Kalau semua nak tahu, sebenarnya fasa Analysis ini adalah fasa kedua dalam "Dick & Carey Model". Nak tahu lebih mendalam pasal fasa Analysis ini, jom tengok video ini untuk pemahaman yang lebih jelas, ok guys!!!

https://youtu.be/JZdv5lrJs4U




Berdasarkan video ini, ustajah dan kawan-kawan diminta untuk membuat persediaan sebelum kelas untuk mengajar kanak-kanak memasak beras.



Arahan adalah seperti berikut:

Write down the things you need to consider when preparing a lesson to teach how to cook rice for a class of preschool students (5 years old). Write your goal analisis, and your instructional analysis on what you need to teach.

Di bawah ini adalah jawapan ustajah untuk tugasan yang diberi oleh pensyarah:

Benda yang perlu saya pertimbangkan sebelum mengajar murid pra-sekolah (5 tahun) adalah mengenalpasti kemahiran sedia ada pada murid seperti pengendalian peralatan elektrik dengan selamat seperti rice cooker, pengendalian peralatan dapur dengan selamat seperti dapur gas yang melibatkan api, mengenali alat dan bahan untuk memasak nasi, mengetahui cara-cara menyukat air beras dan sebagainya.

Goal analysis: Murid berjaya memasak nasi menggunakan peralatan elektrik iaitu rice cooker.

Instructional analysis: Langkah-langkah yang perlu ada dalam memasak nasi

1.Sediakan bahan dan alat untuk memasak nasi
-Bahan-bahan: 1 cawan beras, air secukupnya
-Alat-alat: 1 cawan penyukat penyukat beras, 1 batang senduk, 1 rice cooker (periuk, badan, penutup dan kabel), 1 besen

2.Basuh beras
-Masukkan beras sebanyak 1 cawan ke dalam besen
-Basuh beras dengan memasukkan air ke dalam besen tadi dan buangkan air yang mengandungi kotoran beras tadi.
-Ulang langkah membasuh beras tadi sebanyak 2 kali supaya beras bersih.

3.Sukat air supaya sama banyak dengan beras
-Ambil cawan yang sama untuk menyukat beras tadi
-Masukkan air ke dalam cawan tersebut kemudian pindahkan ke dalam besen berisi beras tadi.
-Masukkan lagi 1 cawan air ke dalam besen yang sama.

4.Pindahkan beras berisi air ke dalam periuk rice cooker dan tutup periuk dengan penutup
-Sediakan periuk rice cooker dan pastikan periuk tersebut sudah berada dalam badan rice cooker.
-Ambil beras berisi air di dalam besen tadi.
-Masukkan secara perlahan beras berisi air ke dalam periuk rice cooker.
-Tutup periuk dengan penutup

5.Hidupkan rice cooker
-Ambil kabel rice cooker
-Sambungkan kabel ke badan rice cooker.
-Sambungkan kepala kabel ke plug suis berdekatan.
-Tekan button 'cooking' yang terdapat pada rice cooker dan pastikan lampu oren menyala.
-Tekan suis 'on' di plug suis tersebut.

6.Pastikan nasi masak
-Selepas 15 minit, tengok semula keadaan beras.
-Jika lampu oren pada rice cooker sudah tiada, itu menandakan nasi sudah masak dan sedia untuk dimakan.

Jawapan untuk soalan seterusnya:

Untuk kelas adult learner, saya akan menggunakan instructional analysis yang sama dari segi metod memasak nasi. Yang akan diubah hanyalah pendekatan iaitu kaitkan metod yang diajar dengan kehidupan sebenar. Sebagai contoh, guru perlu nyatakan mengapa penting untuk memasak nasi. Jadi, jawapan yang murid boleh beri adalah, memasak nasi adalah kemahiran asas dalam hidup memandangkan nasi adalah makan ruji.

Secara kesimpulannya, dalam mereka bentuk sesuatu kurikulum atau rancangan pengajaran, pihak berautoriti atau guru perlu mempertimbangkan banyak perkara supaya pengimplementasian kurikulum atau rancangan pengajaran itu berjalan dengan baik seiring dengan matlamat atau objektif yang hendak dicapai. Ok, setakat itu sahaja untuk entri kali ini! Bye! 

Comments

Popular posts from this blog

PEMBANGUNAN KURIKULUM

6 MODEL UNTUK REKABENTUK SISTEM PENGAJARAN

REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN @ INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN (ISD): ADDIE