KURIKULUM ADALAH CURRERE?
Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua! Ok, nampak sangat ustajahbiologi sedang menulis di kala malam. Malam adalah sangat efisyen untuk ustajah biologi menulis dan mencurah idea. Baiklah, berbalik kepada penulisan ustajah biologi malam ini. Baca tajuk pun, mesti semua dapat agak apa yang ustajah biologi ingin luahkan. π
Sepanjang minggu 1 dalam kelas "Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran", ustajah dapat banyak ilmu tentang definisi kurikulum. Pemahaman awal ustajah tentang definisi kurikulum sebelum masuk ke kelas adalah kurikulum hanyalah dokumen atau ilmu yang terkandung di dalam buku teks yang disusun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tetapi pemahaman awal ustajah bertukar 360⁰ bila masuk kelas!
Kurikulum ini sebenarnya berasal daripada perkataan latin iaitu "currere" yang membawa maksud jejak atau laluan. Menurut Pinar (1974), beliau menyifatkan kurikulum adalah sesuatu yang tidak berpenghujung dan boleh berubah mengikut peredaran zaman.
Terdapat 3 peringkat kurikulum;
1. Kurikulum Yang Dirancang (Planned Curriculum),
2. Kurikulum Yang Dilaksanakan (Enacted Curriculum),
3. Kurikulum Yang Diterima (Experienced Curriculum). (Marsh & Wilis, 2007)
Em, semua nak tahu ke huraian tentang ketiga-tiga peringkat ni? Mestilah nak ustajah!
Baiklah, apa itu kurikulum yang dirancang? Kurikulum terancang adalah kurikulum yang telah dirancang dan disusun oleh pihak bertanggungjawab. Kalau di Malaysia, pihak bertanggungjawab di bawah KPM adalah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
Apakah pula Kurikulum yang dilaksanakan? Setelah adanya kurikulum yang disusun dan didokumenkan dalam bentuk buku teks, segala kandungan di dalamnya akan disampaikan oleh guru ke dalam kelas mengikut pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seorang guru harus kreatif dalam menyampaikan kandungan kurikulum supaya kelas lebih responsif dan seronok!
Kurikulum yang diterima pula adalah di mana pelajar memperoleh ilmu yang telah disampaikan oleh guru di dalam kelas. Tetapi, penerimaan ilmu berbeza mengikut pelajar berdasarkan pengalaman atau ilmu sedia ada mereka. Contohnya, kalau pelajar yang lebih advance, mungkin ilmu sedia adanya sudah cukup, dan tugas guru jadi mudah dengan hanya menjadi pemudah cara baginya. Tetapi bagi pelajar yang agak kebelakang, pendekatan guru mesti sedikit berbeza dan perlu lebih effort untuk mengajar mereka.
Dengan adanya pelaksanaan ketiga-tiga peringkat kurikulum ini, objektif pembelajaran boleh dicapai dengan mudah, semudah ABC. Gitu! π
Konklusinya, kurikulum adalah amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia ibarat akar kepada pendidikan. Jika kuat cengkaman akarnya, maka akan lahirlah penyambung generasi yang lebih baik untuk kebaikan negara!
Rasanya, cukup setakat ini luahan ustajah. Kita sambung dengan luahan seterusnya di bawah kata kunci "definisi kurikulum". Malam! π
Ustajah Biologi
Kay Ell
10.55 p.m
Pendapat yang sangat menarik tentang kurikulum. Saya bersetuju dengan pendapat ustajah di mana guru perlu memainkan peranan mereka dengan betul untuk merealisasikan kurikulum hebat yang telah disusun oleh pihak kementerian. Teruskan penulisanππ»π
ReplyDeletePenulisan ustajah yang santai membuatkan kami boleh faham dengan definisi kurikulum itu. Terima kasih ustajah π
ReplyDelete