DEFINISI KURIKULUM YANG PELBAGAI


Hai, assalamualaikum! Ustajah biologi bersiaran lagi hari ini. Dalam entri sebelum ni, ustajah dah janji nak meluahkan isi hati atas kata kunci “definisi kurikulum” kan? Jadi, hari ini akan ku tunaikan janji itu walaupun sedikit lewat. Hehe.




Ok, definisi kurikulum ini sebenarnya luas dan tidak tertumpu pada satu definisi sahaja. Berdasarkan pemahaman ustajah dalam kuliah yang lepas, definisi kurikulum terbahagi kepada 6 definisi.

´ Yang pertama: Kurikulum adalah terdiri daripada subjek-subjek tetap yang merangkumi ilmu asas yang penting. Subjek-subjek tetap yang dimaksudkan di sini adalah subjek teras seperti Bahasa Malayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Subjek-subjek ini adalah subjek yang berulang daripada tadika sehinggalah ke tahap pendidikan tinggi.
´ Yang kedua: Kurikulum adalah beberapa subjek yang sangat berguna untuk kehidupan kontemporari bersesuaian dengan isu dan masalah semasa. Bagi definisi ini, ia amat perlu kepada pemikiran kritis, pembelajaran berasaskan projek, kemahiran sosial & kemahiran aras tinggi seperti berkomunikasi dengan idea yang jelas.
´  Yang ketiga: Kurikulum adalah pembelajaran yang sudah disusun oleh KPM dan dikelolakan oleh sekolah sepenuhnya. Makna kata lainnya, guru berperanan menentukan kaedah penyampaian yang berkesan kepada murid.
´  Yang keempat: Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran secara total supaya pelajar dapat mencapai kemahiran dan pengetahuan umum di dalam sekolah atau di luar sekolah. Definisi keempat ini menunjukkan bahawa, kurikulum bukan sahaja kita peroleh daripada pendidikan formal iaitu di dalam kelas tetapi boleh juga diperoleh daripada pendidikan di luar kelas yang melibatkan kemahiran seperti pertukangan, kimpalan, pengendalian eksperimen di dalam makmal sains atau lawatan sambil belajar.
´  Yang kelima: Kurikulum adalah hasil kerja pelajar daripada komputer dan pelbagai rangkaiannya, seperti internet dan sebagainya. Pelajar mampu untuk belajar sendiri dengan mencari bahan pembelajaran, isu-isu semasa dan berkomunikasi dengan menggunakan internet. Sekali gus dapat menambah kemahiran sosial. Namun, terdapat beberapa kritikan daripada sarjana tentang pencarian ilmu menggunakan internet atau alat-alat teknologi (Pinar, 2004; Vine et al., 2000; Reid & Westbury, 2000)
´ Yang keenam: Kurikulum adalah mempersoalkan hak-hak bersuara guru dan masyarakat dalam menyuarakan pendapat kepada pihak tertinggi tentang penyusunan kurikulum yang telah digubal dan kesesuaian kurikulum tersebut dengan keadaan manusia semasa.

Rumusannya, kurikulum ini tidak terhad kepada apa yang telah didokumen oleh KPM seperti buku teks atau Huraian Sukatan Pelajaran (HSP atau nama barunya DSKP: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran), tetapi kurikulum itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber yang sahih dan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa asalkan objektif pembelajaran itu tercapai. Ok, setakat tu sahaja curahat ustajah hari ini! Kita sambung entri lain pulak ok! Till we meet again, inshaAllah! 💗

Ustajah Biologi,
Rombau Most Wanted.
(Masa adalah PnC 😋)

Comments

Popular posts from this blog

PEMBANGUNAN KURIKULUM

REKA BENTUK SISTEM PENGAJARAN @ INSTRUCTIONAL SYSTEM DESIGN (ISD): ADDIE

6 MODEL UNTUK REKABENTUK SISTEM PENGAJARAN