Posts

Showing posts from October, 2018

DEFINISI KURIKULUM YANG PELBAGAI

Image
Hai, assalamualaikum! Ustajah biologi bersiaran lagi hari ini. Dalam entri sebelum ni, ustajah dah janji nak meluahkan isi hati atas kata kunci “definisi kurikulum” kan? Jadi, hari ini akan ku tunaikan janji itu walaupun sedikit lewat. Hehe. Ok, definisi kurikulum ini sebenarnya luas dan tidak tertumpu pada satu definisi sahaja. Berdasarkan pemahaman ustajah dalam kuliah yang lepas, definisi kurikulum terbahagi kepada 6 definisi. ´   Yang pertama: Kurikulum adalah terdiri daripada subjek-subjek tetap yang merangkumi ilmu asas yang penting. Subjek-subjek tetap yang dimaksudkan di sini adalah subjek teras seperti Bahasa Malayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Subjek-subjek ini adalah subjek yang berulang daripada tadika sehinggalah ke tahap pendidikan tinggi. ´   Yang kedua: Kurikulum adalah beberapa subjek yang sangat berguna untuk kehidupan kontemporari bersesuaian dengan isu dan masalah semasa. Bagi definisi ini, ia amat perlu kepada pemikiran kritis, pembela

KURIKULUM ADALAH CURRERE?

Image
Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua! Ok, nampak sangat ustajahbiologi sedang menulis di kala malam. Malam adalah sangat efisyen untuk ustajah biologi menulis dan mencurah idea. Baiklah, berbalik kepada penulisan ustajah biologi malam ini. Baca tajuk pun, mesti semua dapat agak apa yang ustajah biologi ingin luahkan. 😊 Sepanjang minggu 1 dalam kelas "Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran", ustajah dapat banyak ilmu tentang definisi kurikulum. Pemahaman awal ustajah tentang definisi kurikulum sebelum masuk ke kelas adalah kurikulum hanyalah dokumen atau ilmu yang terkandung di dalam buku teks yang disusun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tetapi pemahaman awal ustajah bertukar 360⁰ bila masuk kelas! Kurikulum ini sebenarnya berasal daripada perkataan latin iaitu " currere " yang membawa maksud jejak atau laluan. Menurut Pinar (1974), beliau menyifatkan kurikulum adalah sesuatu yang tidak berpenghujung dan